Halaman

Seorang Bapa Mendukung Anaknya hampir 30 kilometer setiap Hari

Tersentuh hati bila membaca mengenai Kasih seorang Ayah yang rela bekorban untuk masa depan anaknya. Kisah ini berlaku di China berkenaan seorang bapa yang sanggup berjalan kaki mendukung anaknya yang yang kelainan upaya sejauh hampir 30 kilometer untuk ke sekolah hampir setiap hari.




Yu Xukang, 40, mendukung anaknya Xiao Qiang, 12, di dalam sebuah bakul yang dibuat khas dan diikat pada belakang badannya. Yuu yang berasal dari Yibin telah berusaha menempatkan anak tersebut di sekolah terdekat namun akibat kelainan upaya yang dialami oleh anaknya menyebabkan permohonannya telah ditolak beberapa kali.

“Saya sedar anak saya mengalami kecacatan fizikal tetapi otaknya berfungsi dengan baik. Bagaimanapun saya tidak dapat mencari sekolah berhampiran kediaman kami yang mempunyai kemudahan untuk orang seperti anak saya dan permohonan saya sering kali ditolak,” kata Yu

Xiao Qiang mengalami bengkok yang teruk pada kedua tangan dan kaki menyebabkan kesukaran untuk berjalan dan berbasikal. Dia juga hanya setinggi kurang satu meter berbanding usianya yang mencecah 12 tahun. Namun si ayah tetap berbangga dengan pencapaian anaknya sebagai pelajar terbaik di kelasnya sambil terus menyimpan harapan yang suatu hari nanti anaknya dapat memasuki kolej.

Mujur keadaan itu mendapat perhatian daripada  kerajaan China yang kemudiannya menawarkan penginapan yang ditanggung sepenuhnya untuk bapa berkenaan di kawasan berhampiran sekolah bagi memudahkan urusannya selepas ini. Yu telah berpisah dengan isterinya sewaktu Xiao berusia tiga tahun dan membuat keputusan untuk membesarkan anaknya seorang diri.



Baca Lebih Lanjut>>

Adsense dah kena banned

Adsense dah kena banned, terus malas aku nak buat new post.

Baca Lebih Lanjut>>

10 Bayi Unik

Bayi ini dilahirkan di India pada 2001. Selepas setahun ekor pada hujung belakang nya mencecah sehingga 10 inci. Ramai percaya ianya merupakan jelmaan dewa hindu.

Lahir pada 5 november 2008, bayi ini mempunyai 8 jari kaki dan tidak mempunyai ibujari tangan.

Lakshmi Tatma- Budak perempuan ini juga lahir di India dan ramai percaya ia juga jelmaan Dewa Vishnu oleh penduduk setempat. Selalunya kelahiran begini melibatkan kembar siam yang bercantum.

Di bangladesh pada 2008, bayi dengan dua kepala ini dilahirkan

Bayi ini lahir pada 2006. Keadaan ini dinamakan anencephaly dalam istilah perubatan. Berlaku ketidak sempurnaan dalam perkembangan otak sejak dalam kandungan
Pada Mac 2010 bayi ini dilahirkan di Gilgit Pakistan. Kulit kelihatan pecah, begitu juga bibir dan kelopak mata. Walaubagaimanapun bayi malang ini meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.


Amilia Taylor adalah bayi terkecil dunia yang pernah dilahirkan. Bernasib baik kerana ia hanya dua minggu melepasi had masa pengguguran.

Kaydon dan Layton Richardson dilahirkan pada hari sama oleh ibu yang sama, berkongsi rahim yang sama. namun Kuasa Allah menunjukkan kedua adik beradik ini berbeza bangsa. 


Dunia dihebohkan dengan kanak kanak perempuan yang dikatakan mengandung. Sebenarnya dia membawa kembar parasitnya yang tidak dilahirkan normal sebaliknya berkembang di dalam perutnya. Setelah menjalani pembedahan membuang kembar itu kanak kanak ini kembali normal seperti kanak kanak lain.


 Bayi Pramatang ini diisytiharkan mati selepas dilahirkan. Ajaibnya selepas dua jam bayi ini dikesan mula menunjukkan tanda masih hidup.

Baca Lebih Lanjut>>

Kemalangan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012

Kemalangan semasa Drag Battle kat Himpunan Jutaan Belia Putrajaya semalam. Nak cepat lagi terus tarik je ke minit 6:32 Rugi betul tak rakam, tak tau benda nak jadi. Salah sorangnya adalah officemate wife aku.

Baca Lebih Lanjut>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...