Permohonan KPLSPM 2012
Berita baik kepada Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, dan berminat adalah dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohonan Kursus Perguruan KPLSPM 2012 kini dibuka mulai 22 Mac 2012.
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus: Sepenuh Masa
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN: | |||||||||||||||||||||||||||||||
5.1 | Sekolah Kebangsaan (SK) | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
5.2 | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
5.3 | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Syarat Asas
Warganegara Malaysia.
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta; Lulus Bahasa Inggeris
Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
CARA MEMOHON
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2012.
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan
Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 22 Mac 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
0 comments:
Catat Ulasan