Halaman

Perkahwinan yang Pelik

1) Berkahwin Dengan Menara Eifel


Erika 39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Mulanya, Erika tergila-gilakan Lance, sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana sahaja dan dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap cinta dan janji setia. Sempena perkahwinannya, Erika menggunakan nama ‘Erika La Tour Eiffel’.

2) Berkahwin Dengan Orang Mati

Maut tidak akan dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia lebih setahun. Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan motorsikal dua hari menjelang perkahwinan. Setahun berlalu, Magali tidak dapat melupakan rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur Perancis, pada November 2009.

3) Berkahwin Dengan Diri Sendiri


Liu Ye 42 tahun, lelaki berasal dari Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri sehingga nekad melangsungkan pernikahan tradisional dengan dirinya sendiri di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Beliau mengabadikan gambar dirinya di atas sebuah papan styrofoam dengan solekan seperti pengantin perempuan bergaun merah. “Ada banyak alasan untuk menikah dengan diriku sendiri, terutama untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap kenyataan, “kata Liu. Liu menafikan tuduhan sejumlah orang yang mengatakan bahawa beliau gay. Upacara perkahwinan berlangsung mengikut adat masyarakat China. Upacara juga dihadiri seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang pengiring pengantin lelaki. Semua tradisi diikuti demi menghormati nenek moyang dan para tetamu yang hadir.



4) Berkahwin Dengan Robot


Seorang wanita bernama Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2 daripada filem Star Wars sebagai pasangannya pada 13 Ogos (tahun tak pasti). Dan pasangan ini telah di nikahkan sendiri oleh Darth Maul pada upacara tersebut. Semakin maju teknologi kehadapan, semakin pelik tingkah laku manusia dekad ini.



5) Berkahwin Dengan Bantal


Cinta sejati tidak mengira bentuk dan rupa. Seperti yang dialami Lee Jin-gyu, lelaki yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal ‘dakimakura’ kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime. Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter ‘Fate Testarossa’, yang diambil dari siri anime ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Pemuda 28 tahun yang diberi nama jolokan ‘otaku’ ini menikahi ‘mempelainya’ yang muncul dengan gaun pengantin. Perkahwinan pelik ini diadakan dengan sangat serius, lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...